Mee Rebus Tahir
Terima kasih kerana singgah di blog ini. Disini kami menerima dan menyediakan makanan Mee Rebus. Sesuai untuk pelbagai jenis majlis seperti perkahwinan, kenduri, rumah terbuka dan lain-lain. Kami mengamalkan prinsip "Kepuasan pelanggan ialah keselesaan kami". Sesiapa yang berminat boleh hubungi atau membuat pesan di bawah.
Khamis, 19 Julai 2012
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan
Sebelum ini telah diberitahu yang gerai Mee Rebus akan membuka di bazar ramadhan kali ini. Bagi sesiapa yang berhampiran di sekitar kawasan Taman Tun Aminah (TUTA) boleh singgah di bazar tersebut. Tapak gerai kami bernombor 92.. Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga amalan kita di rahmati oleh Allah SWT.
Ahad, 15 Julai 2012
Mee Siam Singapore (Berkuah)
Baru-baru ini kami telah memperkenalkan masakan baru. Ia di kenali sebagai Mee Siam Singapura. Resipi ini memang di ambil dan belajar dengan warga singapura. Memandangkan ia sejenis mee yang di sukai, kami mencuba masakan ini di Johor. Ia sangat unik kerana di campurkan dengan kuah. Kuahnya di buat dengan taucu dan cuka. Bagi sesiapa yang ingin merasa boleh datang ke gerai kami.
Sabtu, 30 Jun 2012
Bulan Puasa
Tidak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Bagi peniaga ini adalah masa untuk mereka mencari pendapatan lebih berbanding sebelum2 ini. Oleh itu kami juga tidak melepaskan peluang yang ada ini. Kami akan menjual di bazar ramadhan. Tempatnya akan kami bagi tahu dalam seminggu sebelum berpuasa. Oleh itu anda yang dekat dengan bazar bolehlah mencuba Mee Rebus ini. Anda pasti tidak rugi bila berbuka puasa dengan masakan Mee Rebus.
Jumaat, 27 Januari 2012
Menu Baru
akhir bulan ini kami akan mengeluarkan 1 menu baru iaitu Mee Rebus Daging.. Ini akan merasakan keenakan apabila di makan. Jika ingin mencuba boleh datang ke pasar malam atau hubungi kami.
Rabu, 21 Disember 2011
ramai orang
Hari ini (rabu) berniaga di pasar malam taman suria. Apabila sampai sahaja di tapak pasar malam terus ada orang yang membeli. Alhamdulilah rezeki hari ini, Mee Rebus Tahir dapat sambutan yang mengalak kerana 1 periuk kuah habis di jual. itu pun masih ada yang tidak dapat membeli hari ini. Bukan ye kami tak nak duit tapi kuah tidak megcukupi. Terima kasih kepada pelanggan kami di taman suria.
Isnin, 19 Disember 2011
Lokasi
Anda boleh mencari kami di pasar malam seperti berikut :
Isnin - Kampung Melayu Majidee
Rabu - Taman Suria (bersebelahan Gaint)
Jumaat - Kampung Setanggi
Ahad - Kampung Bendahara
Isnin - Kampung Melayu Majidee
Rabu - Taman Suria (bersebelahan Gaint)
Jumaat - Kampung Setanggi
Ahad - Kampung Bendahara
Ahad, 18 Disember 2011
Hujan
sekarang musim hujan. nak atau tak nak kene pergi juga. hujan perkara biasa. biasalah adat orang berniaga. ada masa rugi ada masa untung. walaupun hujan tetap ada orang yang membeli ye. rasa seronok menjual ni. mee rebus ni sedap klu makan masa2 sejuk ni.. lagi2 baru lepas masak terus makan. meleleh air mata. Alhamdulilah rezeki hari ahad ini.
Langgan:
Catatan (Atom)