Khamis, 19 Julai 2012

Lokasi Tapak Bazar Ramadhan

Sebelum ini telah diberitahu yang gerai Mee Rebus akan membuka di bazar ramadhan kali ini. Bagi sesiapa yang berhampiran di sekitar kawasan Taman Tun Aminah (TUTA) boleh singgah di bazar tersebut. Tapak gerai kami bernombor 92.. Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga amalan kita di rahmati oleh Allah SWT.

Ahad, 15 Julai 2012

Mee Siam Singapore (Berkuah)


Baru-baru ini kami telah memperkenalkan masakan baru. Ia di kenali sebagai Mee Siam Singapura. Resipi ini memang di ambil dan belajar dengan warga singapura. Memandangkan ia sejenis mee yang di sukai, kami mencuba masakan ini di Johor. Ia sangat unik kerana di campurkan dengan kuah. Kuahnya di buat dengan taucu dan cuka. Bagi sesiapa yang ingin merasa boleh datang ke gerai kami.

Sabtu, 30 Jun 2012

Bulan Puasa

Tidak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Bagi peniaga ini adalah masa untuk mereka mencari pendapatan lebih berbanding sebelum2 ini. Oleh itu kami juga tidak melepaskan peluang yang ada ini. Kami akan menjual di bazar ramadhan. Tempatnya akan kami bagi tahu dalam seminggu sebelum berpuasa. Oleh itu anda yang dekat dengan bazar bolehlah mencuba Mee Rebus ini. Anda pasti tidak rugi bila berbuka puasa dengan masakan Mee Rebus.

Jumaat, 27 Januari 2012

Menu Baru

akhir bulan ini kami akan mengeluarkan 1 menu baru iaitu Mee Rebus Daging.. Ini akan merasakan keenakan apabila di makan. Jika ingin mencuba boleh datang ke pasar malam atau hubungi kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nama:
Alamat Email:
No. Telefon :
Alamat :
Persoalan :

Form provided by Freedback.